INTERNATIONAL
SEMINAR ON ISLAMIC CULTURE AND THOUGHT:
SRI LANKA-MALAYSIA [ISICT-SRIMAS]
15-16 NOVEMBER 2012
INTERNATIONAL
SEMINAR ON ISLAMIC CULTURE AND THOUGHT:
INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC CULTURE AND THOUGHT:
SRI LANKA-MALAYSIA [ISICT-SRIMAS]
SRI LANKA-MALAYSIA [ISICT-SRIMAS]
Faculty of Islamic Studies and Arabic Language
South Eastern University (SEUSL), Sri Lanka.
TEMA
Islam dan Pembangunan: Demi Kebaikan
Masa Depan (Islam and Development: For A Better Future)
LATAR BELAKANG
Jabatan
Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) merupakan salah sebuah pusat pengembangan pemikiran di Malaysia yang
sentiasa bergiat aktif dan berpengalaman menganjurkan seminar peringkat
antarabangsa. Antaranya The International
Seminar on Muslim Theology and Philosophy di UKM (1996), Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan
di UNTAG Surabaya, Indonesia (2004), International
Seminar on Islamic Thought di UKM (2004), Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: China-Malaysia di
Beijing, China (2005), Seminar
Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: Mesir-Malaysia di Kaherah, Mesir (2006),
Seminar Antarabangsa Agama dan
Pembangunan di IAIN Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia (2007), Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan
III di UKM (2007), Seminar
Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: Jordan-Malaysia di Amman, Jordan (2007)
dan International Seminar on Islamic
Thought II, di UKM (2009).Sebagai
penerusan kepada usaha Jabatan untuk menggilap hubungan keilmuan dan budaya Islam
antara Indian Subcontinent dan
Nusantara yang telah lama wujud sejak puluhan dekad, maka Jabatan Usuluddin dan
Falsafah, UKM bercadang mengadakan Seminar
Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: Sri Lanka-Malaysia. Ini merupakan
seminar julung kali (kali pertama) bagi Jabatan yang melibatkan anjuran bersama
dengan pihak universiti dari Sri Lanka khususnya dengan Fakulti Pengajian Islam
dan Bahasa Arab (Faculty of Islamic Studies and Arabic Language), South Eastern
University of Sri Lanka atau ringkasnya
disebut SEUSL.
BAHASA
Seminar bersama
ini hanya menggunakan perantaraan bahasa Inggeris atau Bahasa Arab semasa pembentangan
kertaskerja dan diskusi. Walau bagaimanapun, kertaskerja bahasa Melayu turut
diterima sebagai sisipan prosiding seminar bagi tujuan pemerkasaan bahasa
Melayu pada peringkat antarabangsa. Seminar akan dilakukan secara sesi selari berdasarkan tema yang akan ditetapkan nanti.
YURAN
Ahli Akademik Fakulti Pengajian Islam UKM = RM 350.00
Ahli akademik bukan Fakulti Pengajian Islam UKM = RM 450.00
*Semua bayaran Seminar hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Seminar Jabatan Usuluddin dan Falsafah CIMB: 12180006043-05-9.
KERTASKERJA
Kertaskerja seharusnya menepati tema dan boleh dimanfaatkan oleh para peserta kedua buah negara. Semua kertaskerja hendaklah menggunakan format Gaya UKM sepenuhnya. Kertaskerja hendaklah dihantar sebelum 15 September 2012 jika penulis ingin memasukkannya ke dalam prosiding seminar. Kelewatan daripada tarikh tersebut tidak akan dilayan. Kertaskerja hendaklah dihantar ke email aslong@ukm.my dan cc. zulazmi@yahoo.com
PENERBANGAN, PENGINAPAN DAN PERJALANAN
Dijangkakan penerbangan dari LCCT bermula jam 6.20 pagi pada 13 November 2012 dan pulang ke Malaysia dari Colombo International Airport pada 8.15 pagi 18 November 2012. Peserta boleh menguruskan sendiri urusan tersebut atau menghubungi urusetia Seminar atau terus ke Travel Agent: zaini@smarttraveltours.com hp. 0193492375
PROGRAM DI SRI LANKA
13/11/12: Colombo: Melawat Slave
Island
•Fort
Sea •(Daftar
masuk hotel : 12.00 tengahari)•Membeli
belah •(Daftar
keluar hotel : 8.00 pagi).
14/11/12: Kandy: Melawat Malay
Military Mosque•Market
Square•Muslim
Shine•Upper
Lake Drive•Gem
Museum. Singgah di Kalamunai
15/11/12: Oluvil: Seminar
ISICT-SRIMAS•Bermalam
di Oluvil.
16/11/12: (Bertolak
ke Colombo: 12.00 tengahari)•(Daftar
keluar hotel: 8.00 pagi)•Bersiar-siar
di sekitar Oluvil.
17/11/12: Colombo: (Dijangka
sampai Colombo: 5.00 petang)•Membeli
belah barangan pakaian•Membeli
belah barangan batu permata•Bermalam
di Colombo.
18/11/12: (Daftar
keluar hotel: 5.30 pagi)•(Bertolak
ke Malaysia: 8.15 pagi).
*Semua program tertakluk kepada pindaan.
10 comments:
Assalamualaikum
Dr. macamana nak dapatkan surat pengesahan penerimaan abstrak dan kertas kerja?
Sila hantar abstrak dan kertaskerja ke email berkenaan. Selepas itu Jawatankuasa akan buat keputusan dan maklumbalas penerimaan. Terima kasi
Assalamualaikum Dr,
bila tarikh akhir penyerahan abstrak dan tarikh pemakluman penerimaan abstrak ini?
Akhir September tarikh akhir hantar abstrak.
Assalamualaikum wbh Dr,
1) Adakah boleh jika saya hantarkan 2 kertas utk dibentangkan?
2) Adakah kertas yg dibentangkan akan dimasukkan ke dalam jurnal?
Terima kasih tuan Dr.
sebaiknya 1 sahaja kerana masa terhad. Ia akan dimasukkan ke dalam prosiding. utk jurnal bergantung kpd pewasit jurnal.
sebaiknya 1 sahaja kerana masa terhad. Ia akan dimasukkan ke dalam prosiding. utk jurnal bergantung kpd pewasit jurnal.
Post a Comment