Popular Posts

Thursday, May 10, 2012

SEMINAR ANTARABANGSA BUDAYA DAN PEMIKIRAN ISLAM: SRI LANKA-MALAYSIA



INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC CULTURE AND THOUGHT:



SRI LANKA-MALAYSIA [ISICT-SRIMAS]

15-16 NOVEMBER 2012

 Faculty of Islamic Studies and Arabic Language
South Eastern University (SEUSL), Sri Lanka.


TEMA
Islam dan Pembangunan: Demi Kebaikan Masa Depan (Islam and Development: For A Better Future)

 LATAR BELAKANG
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah sebuah pusat pengembangan pemikiran di Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dan berpengalaman menganjurkan seminar peringkat antarabangsa. Antaranya The International Seminar on Muslim Theology and Philosophy di UKM (1996), Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan di UNTAG Surabaya, Indonesia (2004), International Seminar on Islamic Thought di UKM (2004), Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: China-Malaysia di Beijing, China (2005), Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: Mesir-Malaysia di Kaherah, Mesir (2006), Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan di IAIN Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia (2007), Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan III di UKM (2007), Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: Jordan-Malaysia di Amman, Jordan (2007) dan International Seminar on Islamic Thought II, di UKM (2009).Sebagai penerusan kepada usaha Jabatan untuk menggilap hubungan keilmuan dan budaya Islam antara Indian Subcontinent dan Nusantara yang telah lama wujud sejak puluhan dekad, maka Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM bercadang mengadakan Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran: Sri Lanka-Malaysia. Ini merupakan seminar julung kali (kali pertama) bagi Jabatan yang melibatkan anjuran bersama dengan pihak universiti dari Sri Lanka khususnya dengan Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Faculty of Islamic Studies and Arabic Language), South Eastern University of Sri Lanka  atau ringkasnya disebut SEUSL.

BAHASA
Seminar bersama ini hanya menggunakan perantaraan bahasa Inggeris atau Bahasa Arab semasa pembentangan kertaskerja dan diskusi. Walau bagaimanapun, kertaskerja bahasa Melayu turut diterima sebagai sisipan prosiding seminar bagi tujuan pemerkasaan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. Seminar akan dilakukan secara sesi selari berdasarkan tema yang akan ditetapkan nanti.

YURAN
Ahli Akademik Fakulti Pengajian Islam UKM = RM 350.00
Ahli akademik bukan Fakulti Pengajian Islam UKM = RM 450.00
*Semua bayaran Seminar hendaklah dimasukkan ke dalam Akaun Seminar Jabatan Usuluddin dan Falsafah CIMB: 12180006043-05-9.

KERTASKERJA
Kertaskerja seharusnya menepati tema dan boleh dimanfaatkan oleh para peserta kedua buah negara. Semua kertaskerja hendaklah menggunakan format Gaya UKM sepenuhnya. Kertaskerja hendaklah dihantar sebelum 15 September 2012 jika penulis ingin memasukkannya ke dalam prosiding seminar. Kelewatan daripada tarikh tersebut tidak akan dilayan. Kertaskerja hendaklah dihantar ke email aslong@ukm.my dan cc. zulazmi@yahoo.com

PENERBANGAN, PENGINAPAN DAN PERJALANAN
Dijangkakan penerbangan dari LCCT bermula jam 6.20 pagi pada 13 November 2012 dan pulang ke Malaysia dari Colombo International Airport pada 8.15 pagi 18 November 2012. Peserta boleh menguruskan sendiri urusan tersebut atau menghubungi urusetia Seminar atau terus ke Travel Agent: zaini@smarttraveltours.com hp. 0193492375

PROGRAM DI SRI LANKA
13/11/12: Colombo: Melawat Slave Island  Fort Sea (Daftar masuk hotel : 12.00 tengahari)Membeli belah (Daftar keluar hotel : 8.00 pagi). 
14/11/12: Kandy: Melawat Malay Military MosqueMarket SquareMuslim ShineUpper Lake DriveGem Museum. Singgah di Kalamunai
15/11/12: Oluvil: Seminar ISICT-SRIMASBermalam di Oluvil.
16/11/12: (Bertolak ke Colombo: 12.00 tengahari)(Daftar keluar hotel: 8.00 pagi)Bersiar-siar di sekitar Oluvil.
17/11/12: Colombo: (Dijangka sampai Colombo: 5.00 petang)Membeli belah barangan pakaianMembeli belah barangan batu permataBermalam di Colombo.
18/11/12: (Daftar keluar hotel: 5.30 pagi)(Bertolak ke Malaysia: 8.15 pagi).

*Semua program tertakluk kepada pindaan.




10 comments:

Azhari Damanhuri said...

Assalamualaikum
Dr. macamana nak dapatkan surat pengesahan penerimaan abstrak dan kertas kerja?

Ahmad Sunawari Long @ A.S.LONG said...

Sila hantar abstrak dan kertaskerja ke email berkenaan. Selepas itu Jawatankuasa akan buat keputusan dan maklumbalas penerimaan. Terima kasi

Ahmad Sunawari Long @ A.S.LONG said...
This comment has been removed by the author.
Pn Nurul Himmah Kassan said...

Assalamualaikum Dr,
bila tarikh akhir penyerahan abstrak dan tarikh pemakluman penerimaan abstrak ini?

Ahmad Sunawari Long @ A.S.LONG said...

Akhir September tarikh akhir hantar abstrak.

Ahmad Sunawari Long @ A.S.LONG said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum wbh Dr,

1) Adakah boleh jika saya hantarkan 2 kertas utk dibentangkan?

2) Adakah kertas yg dibentangkan akan dimasukkan ke dalam jurnal?

Terima kasih tuan Dr.

Ahmad Sunawari Long @ A.S.LONG said...

sebaiknya 1 sahaja kerana masa terhad. Ia akan dimasukkan ke dalam prosiding. utk jurnal bergantung kpd pewasit jurnal.

Ahmad Sunawari Long @ A.S.LONG said...

sebaiknya 1 sahaja kerana masa terhad. Ia akan dimasukkan ke dalam prosiding. utk jurnal bergantung kpd pewasit jurnal.